Teringat aku masa mula-mula aku masuk sekolah dulu pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh. Hari pertama persekolahan... Biasalah, sesi suai kenal dengan guru-guru yang akan mengajar sepanjang tahun tu. Soalan biasa yang ditanya oleh mereka tak lain dan tak bukan, nama, tarikh lahir, tempat tinggal dan cita-cita bila dah besar nanti. Soalan-soalan yang lain tu ok je tapi bila nak jawab soalan berkenaan dengan cita-cita tu yang susah sikit. Maklumlah, budak lagi… Tak tau lagi nak jadi apa bila dah besar nanti. Main jawab je la nak jadi apa.
Macam-macam cita-cita yang aku dengar dari budak-budak kelas aku masa tu. Tapi cita-cita yang paling famous masa tu, ramai yang nak jadi doktor, cikgu, polis, nurse, askar, bomba, petani dan posmen. Budak-budak lagi, otak pun tak berkembang sangat nak fikir nak jadi apa nanti. Sebab otak tak berkembanglah ada yang bercita-cita nak jadi Ultraman, dinosaur, semut, hantu dan banyak lagi cita-cita mengarut dan tak masuk akal yang aku dengar… Adesss! Bila diungkit balik cerita-cerita macam ni masa tengah lepak minum dengan kawan-kawan, boleh cramp perut sebab tahan gelak. Ada ke nak jadi semut? Hahaha!
Aku? Hmmm… Cita-cita aku masa tu nak jadi bomba. Itu pun ikut kawan sebab aku sendiri tak terfikir nak jadi apa masa tu… Heheh! Dan dari masa ke semasa cita-cita aku berubah-ubah mengikut tahap kematangan aku. Tak terlintas langsung nak jadi salah seorang outdoor instructor di Outward Bound Malaysia ni. Masa sekolah dulu pun aku tak pernah tahu adanya bidang pekerjaan macam ni. Kerja yang aku buat sekarang ni boleh dikatakan kerja yang menyeronokkan walaupun ada masanya tunggang terbalik dan huru hara… Hahaha!


